Khamis, 10 Disember 2009

Aktiviti Gamelan Maher Gemersika Tahun 2009

Persembahan / aktiviti Gamelan Maher Gemersika tahun 2009


1.Bengkel Pengenalan Asas Gamelan Melayu Fasa 1 SMK Dato' Ahmad Maher pada 20 dan 21 Feb 2009

2.Majlis Anugerah Tunas Gemilang Pelantikan Pemimpin Pelajar dan Ketua Tingkatan pada 23 Feb 2009

3.Bengkel Pengenalan Asas Gamelan Melayu Fasa 11 SMK Dato' Ahmad Maher pada 27 dan 28 Feb 2009

4.Pelantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Dato' Ahmad Maher pada 2 Mac 2009

5.Menyambut ahli rombongan dari SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya pada 8 Mac 2009

6.Majlis Mesra Anak Yatim dan Golongan Istimewa Sempena Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan Yang Ke-58 di Hotel Renaissance pada 1 April 2009

7.Menyambut ahli rombongan dari SMK Convent Alor Star Kedah pada 16 April 2009

8.Menyambut ahli rombongan dari SMK Sungai Koyan Kuala Lipis Pahang pada 26 April 2009

9.Persembahan sempena lawatan Timbalan Pengarah Sekolah Berasrama Penuh&Kluster KPM pada 13 Mei 2009

10.Persembahan sempena Majlis Sambutan Hari Guru 2009 SMK Dato' Ahmad Maher pada 17 Mei 2009

11.Persembahan di Majlis Perasmian Pesta Buku dan komputer Pantai Timur pada 26 Mei 2009 di Dewan Besar Balai Islam Lundang Kota Bharu Kelantan

12.Menyambut ahli rombongan dari SK Tanjung Bunga Pasir Mas pada 17 Jun 2009

13.Persembahan sempena Penutupan Kursus Kemahiran Asas Gamelan Melayu oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 23 Julai 2009

14.Perasmian Program Rakan Muda Sekolah ( Rakan Seni Budaya ) pada 9 Ogos 2009 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Tan Sri Dr.Wan Mohd Zaid

15.Persembahan di Majlis Perkahwinan di Pasir Tumbuh Kota Bharu Kelantan pada 15 Ogos 2009

16.Bengkel Pengenalan Asas Gamelan Melayu Fasa 111 SMK Dato' Ahmad Maher pada 23 dan 24 Okt 2009

17.Bengkel Penciptaan dan Gubahan lagu-lagu Gamelan tahap 1 SMK Dato' Ahmad Maher pada 30 dan 31 Okt 2009

18.Bengkel Penciptaan dan Gubahan lagu-lagu Gamelan tahap 11 SMK Dato' Ahmad Maher pada 6 dan 7 Nov 2009

Aktiviti Gamelan Maher Gemersika Tahun 2008

Persembahan / aktiviti pasukan Gamelan Maher
Gemersika sepanjang Tahun 2008


1.Majlis Anugerah Tunas Gemilang Pelantikan Pelajar dan Ketua Tingkatan SMK Dato' Ahmad pada 22 Feb 2008

2.Pelantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Dato' Ahmad Maher pada 28 Feb 2008

3.Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya 2008 pada 23 Mac 2008

4.Majlis Perasmian Penutupan Pesta Sukan Rakyat Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan Ke-58 di Jajahan Kuala Krai pada 25 Mac 2008

5.Persembahan Kebudayaan Di Majlis Santapan Malam Sempena Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan ke-58 pada 30 Mac 2008 di Dewan Jamuan Utama Kota Darul Naim

6.Majlis Konsultasi PMR,SPM dan STPM pada 17 Jun 2008

7.Persembahan di Majlis Perkahwinan di rumah Dr.Nazim b. Dato' Hj. Noor pada 16 Ogos 2008

8.Majlis Anugerah KOPIM SMK Dato' Ahmad Maher pada 18 Ogos 2008

Isnin, 30 November 2009


JAWATANKUASA BIDANG KEBITARAAN
GAMELAN MAHER

PENAUNG

Pengetua
Tuan Hj.Wan Mansor b. Wan Mohmood B.S.K


PENASIHAT

Penolong Kanan Kokurikulum
Pn.Hjh Dyuhiza bt Anwar


PENYELARAS

Guru Pendidikan Muzik
En.Dasuki b. Hj.Ahmad


SETIAUSAHA

Cik Faizan bt Abdul Rahman


AHLI JAWATANKUASA

1. Pn. Hamidah bt Hussin

2. Puan Haziah bt Hussein

3. Pn.Hasneeyah bt Ismail

4. Pn.Engku Nurul Amalina bt Che Ku Abdullim

5. En.Muhd Nur Iman b. Ramli

6. Tuan Hj.Roslan b. Idris

7. En. Sabri b. Muhamad

Video Program Rakan Muda Sekolah.Rakan Muda Seni Budaya

Pelancaran Rakan Muda & Persembahan Gamelan
SMK Dato' Ahmad Maher pada 9 Ogos 2009


Selasa, 17 November 2009

Video persembahan di Pesta Buku dan Komputer

Persembahan di Majlis Pesta Buku dan Komputer Pantai Timur pada
26 Mei 2009 di Balai Islam Lundang Kota Bharu Kelantan


Ahad, 15 November 2009

8.Penghargaan

Tuan Hj.Wan Mansor b. Wan Mohmood B.S.K
( Pengetua SMK Dato' Ahmad Maher )
Ribuan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua diatas sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Gamelan Maher Gemersika sehingga pasukan gamelan ini dikenali ramai pada hari ini,tanpa sokongan,dokongan dan nasihat daripada beliau pasti pasukan gamelan ini akan dapat bergerak dan gah seperti hari ini.

Sumbangan dari segi idea-idea,kewangan,penyediaan kemudahan fizikal dan juga sumbangan dari pelbagai bentuk lain telah menjadikan pasukan gamelan ini semakin berkembang dengan bertambahnya peralatan gamelan yang bermutu tinggi dalam usaha menjayakan Projek Sekolah Kluster SMK Dato' Ahmad Maher dimana seni Gamelan adalah salah satu daripada ' Kebitaraan ' atau ' Nich-Area ' yang dipilih.Semoga pasukan Gamelan Maher Gemersika akan terus cemerlang,gemilang dan terbilang sepanjang masa dan ketika.

Jumaat, 13 November 2009

7.Pesta Buku dan Komputer Pantai Timur 2009

Persembahan di Pesta Buku dan Komputer Pantai Timur 2009
pada 26 Mei 2009 di Balai Islam Lundang Kota Bharu









Rabu, 11 November 2009

6. Video persembahan sempena Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan di Hotel Renaissance

Persembahan Sempena Majlis Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan di Hotel Renaissance pada 1 April 2009

5.Keputeraan Al-Sultan

Persembahan sempena Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan
di Hotel Renaissance pada 1 April 2009












4.Lawatan Pengerusi Sekolah Kluster

Persembahan sempena lawatan Pengerusi Sekolah Kluster KPM
Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad ke SMK Dato' Ahmad Maher








3.Majlis Perkahwinan

Persembahan di majlis Perkahwinan di Kg.Demit Kota Bharu pada 16 Ogos 2008










2.Pesta Buku Kelantan 2007

Persembahan di Pesta Buku Kelantan 2007 pada 30 April 2007






1.Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006

Persembahan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah Kota Bharu di
SMK Kota,Kota Bharu Kelantan pada Mei 2006.






Selasa, 13 Oktober 2009

SEJARAH GAMELAN MAHER GEMERSIKA

Perkataan 'GAMELAN' berasal daripada perkataan Bali iaitu "Gambel" dan dalam bahasa Jawa pula berasal dari pada kata akar " Gamel " yang membawa maksud " tabuh " atau " pukul ".Ia dikatakan berasal dari kerajaan Kediri di Jawa Timur.Seni gamelan mula diperkenalkan di Tanah Melayu melalui kerajaan kesultanan Pahang pada abad ke-19 dan hanya dipersembahkan dalam istana sehinggalah pada tahun 1963,muzik yang penuh dengan spiritual ini diperkenal dan diperkembangkan kepada masyarakat dan golongan biasa.

Seni gamelan adalah antara salah satu aspek "Kebitaraan" atau "Nich-Area" yang dipilih dan terpilih dalam projek Sekolah Kluster bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher Kota Bharu Kelantan.Pasukan gamelan ini telah ditubuhkan dan wujud pada tahun 1999 lagi.Dikenali dengan nama GAMELAN MAHER GEMERSIKA adalah antara pasukan gamelan yang terawal yang wujud dinegeri KELANTAN dan yang pertama di daerah Kota Bharu.Pasukan gamelan ini mempunyai sebanyak 3 set peralatan gamelan yang bermutu dan berkualiti tinggi jenis " Perunggu ".

Pasukan GAMELAN MAHER GEMERSIKA ini amat dikenali ramai khususnya didaerah Kota Bharu dan juga negeri Kelantan kerana seringkali dijemput untuk membuat persembahan untuk majlis-majlis rasmi kerajaan,sektor swasta dan juga majlis-majlis perkahwinan.Pada masa kini,4 pasukan GAMELAN MAHER GEMERSIKA telahpun wujud dengan keahlian seramai 40 orang dan bersedia pada bila-bila untuk membuat persembahan jika ada jemputan daripada mana-mana pihak.

Dibawah pimpinan EN.DASUKI B HJ.AHMAD selaku sebagai penyelaras dan juga jurulatih pasukan gamelan ini,pelbagai usaha telah dijalan dan diadakan supaya pasukan gamelan akan terus berkembang dan gah dalam membuat persembahan dan juga akan dikenali ramai sebagai sebuah pasukan gamelan yang berkaliber dalam memperjuangkan seni tradisional yang penuh spiritual ini.Semoga seni tradisional ini akan terus subur dan berkembang didalam masyarakat seiring dengan perkembangan muzik moden dari negara-negara barat yang semakin hebat menyerang golongan muda hinggakan muzik-muzik tradisional semakin dilupakan.


PERALATAN GAMELAN MAHER GEMERSIKA

Kerumong

Mengandungi 10 buah gong kecil yang disusun dua baris dan diletak secara mendatar di atas rak atau pemidang kayu.Semua gong kecil yang berbusut ini diklasifikasikan sebagai alat ‘idiofon’ dalam kelas kecil gong-chime dan diperbuat dari campuran tembaga.Mengandungi 2 oktaf yang berlaras ‘anhemitonic pentatonik’.Sifat bunyi berprinsip kepada dengung secara dikotomi ‘bonang’ yang beroktaf rendah dikenali sebagai ‘wedok’(perempuan) dan beroktaf tinggi sebagai ‘lanang’ (lelaki).Kerumong/Bonang merupakan alat terpenting/utama dalam essemble gamelan yang memainkan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang.(penghias lagu).
Kerumong/Bonang dimainkan dengan menggunakan 2 pengetuk kayu(penabuh) yang hujungnya dibaluti dengan tali atau kain.Kerumong/Bonang membunyikan bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf,ketukan bergilir not pertama diketuk sebelum rentak dan not kedua selepas rentak.


Gambang

Gambang adalah sejenis alat muzik ‘metallaphone’ yang diperbuat daripada kayu keras seperti cengal,kayu nangka dan medang.Alat ini mengandungi 3 oktaf setengah dan mempunyai 20 keping kayu yang berbeza panjang,tebal dan register bunyi yang rendah,sederhana dan tinggi.Kepingan kayu ini terletak di atas kotak kayu panjang yang diasingkan setiap bilahnya dengan sebatang paku.Alat ini biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja.Diketuk dengan menggunakan 2 pengetuk (mallet) yang diperbuat daripada tanduk kerbau (pemegang) dan bahagian pemukulnya berbentuk bulat pipih dengan tepinya disalut dengan lilitan kain.
Cara permainannya ialah dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan secara serentak not-not lagu dalam oktaf rendah dan oktaf tinggi.Bunyi yang dihasilkan oleh alat ini berbeza daripada alatan lain kerana bunyinya adalah paling rendah berbanding alatan lain yang diperbuat daripada logam.

Saron Demung

Terdiri dari keluarga ‘idiofon’ dalam kelas kecil ‘metallofon’ kerana semua bilah atau wilahan(key) diperbuat daripada campuran tembaga.Bilah-bilah disusun diatas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya.Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi bunyinya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema bagi alat saron ini.
Berperanan sebagai alat yang memainkan melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron.Ianya dilaraskan mengikut sistem skala ‘anhemitonic pentatonic’.Untuk menghasilkan bunyi yang baik,kayu pemukul khas (penabuh) digunakan yang lazimnya daripada jenis kayu yang lembut.Pemukul khas ini seakan-akan alat penukul.

Kenong

Kenong diklasifikasikan sebagai ‘idiofon’.Menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal.Terdapat 5 biji bonang dalam gamelan Melayu dan biasanya diperbuat dari campuran tembaga.Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu apabila diketuk dengan menggunakan alat pengetuk seperti alat pengetuk bonang.
Alat pengetuk (penabuh) Kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut.Kenong biasanya dimainkan akhir setiap bar dalam sesebuag lagu.Busut Kenong yang mengarah ke atas dan dipukul dengan pengetuk kayu yang berbalut untuk menghasilkan pic-pic yang tertentu.Bunyi yang dihasilkan oleh Kenong adalah lebih lembut jika dibandingkan dengan bunyi yang dihasilkan oleh gong.

Saron Barung

Diklasifikasikan sebagai alat ‘idiofon’ berbentuk bilahan ataupun ‘slap-type’ yang diperbuat daripada campuran tembaga.Bilah-bilah disusun di atas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustik.Alat ini mempunyai oktaf tengah yang juga berperanan membawa melodi pokok dan cincang.Pada fizikalnya,bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demong dan mampu menghasilkan bunyi yang lebih nyaring daripada saron demong.
Dari segi penggunaan alat,teknik ‘perdam’ digunakan pada nada-nada tertentu mengikut mengikut konteks lagunya,ini bagi mengelakkan berlakunya pencemaran bunyi setelah ianya dimainkan secara serentak.Terdapat 6 atau 7 bilah campuran tembaga pada satu-satu alat saron barung.Alat pemukulnya (penabuh) berbentuk seperti penukul (hammer) yang diperbuat daripada jenis kayu lembut.

Gong
Gong diklasifikasikan sebagai alat ‘idiofon’.Berperanan sebagai tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.Terdiri daripada pelbagai saiz yang menghasilkan pic yang berbeza dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.Gong biasanya diperbuat daripada campuran tembaga ataupun gangsa.

Sesetengah pasukan muzik gamelan hanya menggunakan 2 jenis gong sahaja iaitu gong ‘suwukan’ dan juga gong ‘ageng’ (juga dipanggil gong agung).Kedua-dua gong yang berbusut ini berukuran diantara 70-80 sentimeter pada garis pusat.(saiz gong ini agak kecil jika dibandingkan dengan gong ageng gamelan Jawa).Gong ini dipukul pada busut dengan pemukul yang berbalut yang diperbuat dari kayu yang dibaluti dengan kain ataupun getah.Biasanya gong berfungsi sebagai pemberi isyarat pada permulaan lagu dan juga pada akhir frasa sesebuah lagu.Gong ageng mempunyai pic yang paling rendah manakala gong suwukan mengeluarkan pic yang lebih tinggi sedikit daripada gong ageng.

Saron Pekin

Terdiri dari keluarga ‘idiofon’ dalam kelas kecil ‘metallofon’ kerana semua bilah atau wilahan(key) diperbuat daripada campuran tembaga.Bilah-bilah disusun diatas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya.Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi bunyinya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema bagi alat saron ini.

Mempunyai register bunyi yang tinggi jika dibandingkan dengan saron demung dan saron barung.Teknik ‘perdam’ juga digunakan dalam permainan alatan ini dan ianya mempunyai oktaf yang tertinggi serta mampu menghasilkan bunyi lantang dan nyaring.Dari segi fizikalnya,saron peking mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah saron barung.Alat pemukul (penabuh) bagi saron peking juga berbentuk seperti penukul (hammer) yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

Gendang


Gendang dikelaskan sebagai alat ‘membranofon’ iaitu alatan muzik yang diperbuat daripada kulit (belulang).Gendang dimainkan secara tabuhan.Berbentuk tong panjang yang bercembung.Dua muka kulit yang berlainan saiz dipasang pada baluh dengan tali rotan yang ditegangkan pada kedua-dua muka kulit itu.

Kedua-dua muka kulit ini dipukul dengan tangan untuk menghasilkan timbre-timbre yang tertentu dan menarik.Gendang merupakan salah satu alat yang penting dan perlu dimainkan dalam setiap persembahan gamelan,tanpa pukulan gendang,persembahan gamelan tidak akan lengkap dan menarik malah akan menjadi pincang persembahan tersebut.Gendang dalam persembahan gamelan mempunyai fungsinya tersendiri yang sifatnya tiada pada alat-alat muzik lain.






Semoga seni yang penuh spiritual ini akan terus berkembang dan tidak akan pupus ditelan zaman dan akan kekal selama-lamanya.



Seni Budaya adalah lambang keagungan dan ketinggian ketamadunan sesuatu bangsa.




kami bersedia bila-bila masa untuk memenuhi jemputan persembahan

Berminat : Hubungi;

09 - 7418250 ( SMK Dato' Ahmad Maher )

019 - 9848156 ( En.Dasuki bin Hj.Ahmad )